Saturday 7 July 2012

Kenapa nombor tujuh???


Hai,.. dah lama x update blog nie,..  terima kasih kepada follower yang sudi menjenguk dan mengomen. Kali nie Yatz nak citer sikit pasal nombor kesukaan Yatz iaitu nombor 7. Korang mesti tertanya-tanya apa yang ada dengan NO.7 ni...kenapa la yatz nie suka sanggat nombor nie. Nombor bertuah ke??? macam2 tafsiran kan.. Sebenarnya Yatz memang suka number 7 nie dari kecik lagi. Yatz lahir pun 7hb. Kasut pun saiz 7. Banyak perkara dalam life Yatz nie kena mengena dengan number 7. So Yatz pun terus melekat dengan nombor nie. Kira nombor bertuah bagi Yatz la,.. 

Tapi tak perlu la kite percaya kepada nombor ni...so arini  Yatz nak share pasal menariknya no.7 ni sebab ia juga berkaitan dengan kehidupan seharian kita....sebelum tu..ni ade sedikit perkongsian...

sesungguhnya ALLAH itu ganjil dan DIA suka akan keganjilan dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w,baginda suka menggunakan nombor ganjil berbanding genap dan dalam banyak2 nombor yang diulang-ulang di dalam al-quran adalah NOMBOR TUJUH

Mudah kata, kebanyakan angka tujuh dipilih Allah dalam beberapa ibadah kita. Ia juga disebut secara berulang kali didalam al-Quran. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia angka tersebut. Hikmat dan rahsia itu pula dikembalikan kepada kita.

Apabila kita ingin mengungkap perkara ini, dapatlah kita ungkapkan bahawa angka ini memenuhi keperluan kehidupan manusia. Apabila disebut 7 hari, maka kita wajar penuhkan 7 hari itu dengan amalan yang membawa kita ke syurga.



 TUJUH (7) –APAKAH HIKMAHNYA??
 
1. Allah telah menjadikan 7 HARI dalam seminggu. 

2. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN langit.

3. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN bumi.

4. Allah telah menjadikan 7 AYAT di dalam surah al-fatihah.

5. Allah telah menjadikan 7 KALI pusingan TAWAF mengelilingi kaabah.

6. Allah telah menjadikan 7 KALI SAEI antara Shafa dan Marwah.

7. Allah telah menjadikan 7 PINTU SYURGA.

8. Allah telah menjadikan 7 PINTU NERAKA.

9. Allah telah menjadikan 7 PENGHUNI GUA yang tidur selama lebih 300 tahun didalam (Surah Al-Kahfi)

10. Allah telah menjadikan 7 ANGGOTA SUJUD didalam solat (2 kaki,2 lutut,2 tapak tangan dan 1 dahi)

11. Allah telah menjadikan 7 LAUTAN (Mediterranean,adriatik,laut hitam,laut merah,laut arab,Persian,laut kaspia)

12. Allah telah menjadikan 7 BENUA (afrika,amerika selatan,amerika utara,antartika,asia,eropah,oceana)

13. Allah telah menjadikan angka 7 sebagai no ‘prime’(nombor perdana) dlm penyelesaian masalah matematik.Ianya juga digelar sebagai ‘safe prime’/no perdana yg unik.

14. Allah telah menjadikan 7 sebagai penyelesai kebanyakan masalah matematik yang melibatkan nombor kuasa genap,polynomial,vector dan nombor faktor sepunya.

15. Allah telah menjadikan 7 sisi polygon (heptagon), dimana sesebuah polygon sekata dpt dilukis dgn menggunakan jangka lukis,namun tidak bagi Heptagon (7 sisi) yang sekata ini.

16. Allah telah menjadikan 7 sebagai nilai yang paling kerap muncul (kebarangkalian 1/6) apabila dadu dibalingkan,jumlah hasil tambah 2 permukaan yg muncul itu menghasilkan 7

17. “Millenium Prize Problems” merupakan 7 masalah dalam ilmu matematik yang diumumkan oleh “Clay Mathematics Institute”.Hingga kini 6 lagi masalah tersebut belum diselesaikan.

18. Terdapat 7 unit S.I (Standard International) dalam sukatan fizik iaitu (meter,kilogram,saat,ampere,Kelvin,mole, candela)

19. Allah telah menjadikan 7 warna didalam pelangi.

20. Allah telah menjadikan 7 atom karbon didalam setiap molekul Heptana

21. Allah telah menjadikan 7 sebagai nilai ‘NEUTRAL’ antara sifat asid dan alkali.

22. Allah telah menjadikan 7 sebagai nombor atom didalam nitrogen.

23. 7 merupakan bilangan “KALA” didalam jadual berkala (pengelasan unsur kimia)

24. Allah telah menjadikan 7 “Cervical vetebratae”/(tulang belakang leher yang menyambung ke kepala) bagi kebanyakan mamalia.

25. Terdapat 7 jenis virus merujuk kepada “Pengelasan Baltimore”

26. Terdapat 7 tompok hitam diatas badan kumbang jenis “LADYBIRD”

27. Terdapat 7 keajaiban dunia yang telah direkodkan/ 7 wonders of the ancient world.

28. Dan masih terdapat beratus-ratus lagi penggunaan angka 7 yang tidak disenaraikan disini - didalam Bidang Astronomi,Psikologi,Falsafah,Kebudayaan,Penulisan,Kepercayaan Agama (Buddha,Hindu dan Kristian) yang telah direkodkan dan berkemungkinan masih terlalu banyak lagi yang masih belum dikenaslpasti.


Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia atau secara kebetulan melainkan disebaliknya terlindung suatu hikmah besar lagi tersembunyi didalam pengetahuan dan rahsia Allah S.W.T.


Jika ada sesiapa yang bertanyakan Yatz, angka apakah yang paling disukai…Jawapannya pastilah ANGKA 7


WAALAHUALAM

No comments:

Post a Comment